Followers

Wednesday, December 1, 2010

sedikit perkongsian yang diharap membantu memberi manfaat~

Assalamualaikum~
memandangkan blog ini begitu suram(sila ambil perhatian ye admin blog~),saya nak buat sikit perkongsian la..rasanya usia blog saya sendiri lebih muda daripada amigosdsmakj ni..harapnya perkongsian ini membawa kebaikan~

rasanya tak sampai dua bulan peperiksaan STAM tamat..jadi pelajar batch18 smakj yang sedia dan bertahan di maahad johor telah menduduki dengan jayanya~walaupun ana terdengar pelbagai masalah timbul sebagaimana kita di smakj dulu..tapi tidak mengapa,itu Allah berkehendak meningkatkan hambanya setelah Allah yakin keimanan hambanya dah mampu menanggung ujian dan cabaran yang berat~maka,hadapinya dengan penuh sabar,Allah ada berfirman dalam kalamnya,mafhumnya,bagaimana kamu katakan kamu sudah beriman sedangkan kamu masih  belum lagi diuji?

memandangkan ramai sahabat dan sahabiah lepasan STAM,pasti ada segelintir yang berminat menyambung pelajaran dalam peringkat ijazah sarjana muda di mesir ardhul kinanah,jadi ana sebagai seorang pelajar yang bertuah, sudah sampai ke bumi mesir ini berminat untuk berkongsi sedikit pengalaman yang tidak seberapa sepanjang dua bulan berada di bumi mesir ini..

~pintu masuk kuliah perubatan Al Azhar~

itu sebagai intro pada sedikit perkongsian aku ni..gambar tersebut ialah pintu gerbang kuliah perubatan yang tiap hari saya masuk kecuali jumaat~pintu masuk untuk kuliah perubatan ini terletak di hayyu sadis,lebih kurang sepuluh minit perjalanan bas dari rumah ana~untuk pelajar dirasat,bangunan kuliah anda terletak di husin,lebih kurang setengah jam perjalanan bas dari rumah ana,dan ana tinggal di hayyu sabi',atau lebih spesifik di hayyu safarat,agak terkedalam berbanding rumah lain yang senang nak dapat bas,

untuk kuliah banat pula,kesemua kuliah terletak di raba'ah,dirasat,medic dan dentistry~disebabkan kita adalah anak johor yang baru datang ke mesir,kita semua akan diletakkan di rumah johor,untuk ikhwah di hayyu thamin(dalam renovation sekarang),dan akhawat di raba'ah..jadik untuk pelajar akhawat,anda sangat bernasib baik kerana hanya perlu jalan kaki untuk ke kuliah~berbanding pelajar ikhwah yang akan mengambil masa mungkin satu jam jika hendak berjalan kaki~mungkin untuk pelajar akhawat jika berjalan kaki hanya mengambil masa 5minit..

kehidupan di mesir ni bukanlah seperti yang kita bayangkan,yang kita tonton di televisyen,seperti ayat-ayat cinta,ketika cinta bertasbih(ana belum tengok lagi),bukanlah romantik macam fahri,bukanlah indah bersalji macam united kingdom~semua tu hanya fantasi mesir,bak kata taufiq,encik pengarah program orientasi aqm bagi pelajar medic,dentistry,ulum islamiah,dan farmasi~jadi bila dah sampai barulah boleh kita berkata0kata tentang kehidupan di mesir ni,..

itu sahaja rasanya perkongsian setakat ini,
jadi saya menyeru kepada kawan-kawan terutama batch18smakj yang sedang beristikharah menyambung ijazah pertama,silalah pilih untuk ke mesir,saya bersedia menjadi kaum ansar menyambut anda,kaum muhajirin~supaya dapat kita bersama berjuang di ardhul kinanah,bumi barakah ini~

p/s:ana pernah mengikuti jaulah ke giza,album di facebook di sini..ana akan menghadiri temuduga zakat johor,4disember2010~mohon didoakan~

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...