Followers

Sunday, August 30, 2009

BERKONGSI SOALAN

ASSALAMUALAIKU W.B.T

Semua sedia maklum, pada tahun ini kita akan menghadapi satu cabaran yang amat berat. Peperiksaan yang akan menentukan hala tuju dan masa depan kita. Jika kita cemerlang maka kita berpeluang melangkah ke alam Unversiti dan begitulah sebaliknya. Janganlah kita memandang enteng dengan peperiksaan SPM yang bakal kita hadapi. Dengan berbaki tidak sampai dua bulan lagi, apakah persediaan yang telah kita lakukan?Sudah cukupkah segala ilmu di dada kita? Mungkin membaca pada saat ini bukan metod yang terbaik. Dan mungkin latihan dan ulangkaji semata-mata sudah cukup untuk meningkatkan ilmu kita. Memandagkan peperiksaan percubaan sudah semakin hampir, marilah kita bersama-sama mengulangkaji pelajaran. Bantu-membantulah antara kita, sesungguhnya bukan kita seorang sahaja yang mahukan kejayaan. Tuntutlah ilmu daripada rakan-rakan yang pandai, yang mungkin boleh digelar sebagai 'sibawaih'. Sempena peperiksaan yang bakal tiba juga, di sini disediakan beberapa soalan yang mungkin boleh membantu kita dalam meningkatkan prestasi kita.
Soalan-soalan yang dikira agak mencabar untuk dijawab. Berusahalah selagi ada peluang, jangan biarkan peluang yang ada pergi begitu sahaja. Andai nasi sudah menjadi bubur, takkan bisa berubah menjadi nasi kembali. Usaha yang kita lakukan takkan menjadi sia-sia kerana ssungguhnya Allah bersama hamba-hambaNya yang ikhlas dalam setiap pekerjaan dan dilakukan kerana Allah semata-mata. Redhalah dengan apa-apa jua yang kita perolehi kerana mungkin itulah yang terbaik bagi kita yang Allah telah tetapkan. Tanpa membuang masa di sini disertakan beberapa soalan untuk dicuba.

TEKAN SINI


Sumbangan:Afiq Manan

Saturday, August 29, 2009

tidak merdeka. bukan merdeka.


Kita bukan merdeka? Kita tidak merdeka? Ya, kita bukan merdeka. Tidak pernah kita memberikan tanah kita kepada pihak Inggeris. Ada sesiapa yang boleh mengemukakan dokumen penyerahan Tanah Melayu kepada Inggeris?

Perjanjian Pangkor 1874 , hanya meminta penasihat-penasihat mencampur tangan dalam urusan pentadbiran, politik, ekonomi, tapi tidak pada adat dan agama, yang ada selepas itu hanyalah penipuan atas penipuan atas penipuan.

Contohnya, semasa Perjanjian Pangkor, Orang Kaya Menteri Paduka Tuan Ngah Ibrahim, sengaja didudukkan jauh di belakang, jauh daripada juak-juak Inggeris dan Sultan. Kenapa? Kerana beliau tidak berdaulat? Tidak. Inggeris cuak. Takut helah dan muslihat mereka terbongkar. Tambahan lagi, Ngah Ibrahim diberikan seorang Setiausaha sulit, Kapten Speedy yang akhirnya menjadi seperti belantan menikam Melayu daripada belakang. Selain itu, adakah anda rasa kemasukan buruh Cina dan India oleh pihak Inggeris, untuk memajukan ekonomi Tanah Melayu? Tidak, Inggeris hanya menumpang, dan mahu bijih timah untuk London.

Sesungguhnya, nenek moyang kita tidak sekali-kali menggadaikan maruah bangsa mereka apatah lagi tanah tercinta ini kepada mana-mana pihak. Oleh itu, hargailah pusaka bertuah ini yang menjadi asas kedaulatan bangsa Melayu.

Lihat orang Melayu, sangat dinamik, minda terbuka, sopan, dan sebagainya. Ketokohan Hang Tuah tidak dapat dinafikan, yang mempunyai ilmu duniawi dan ukhrawi, menjalankan tugas-tugas diplomat di serata tempat. Malah, tidak pernah ada dalam korpus kesusasteraan Melayu, contohnya dalam Sulalat Al-Salatin, karya agung Tun Seri Lanang, menonjolkan sifat keburukan dalam masyarakat Melayu. Jika ditanya apakah akar tradisi Melayu, ada akar yang mempunyai tiga cabang, iaitu agama Islam, bahasa Melayu dan budaya Melayu.

Tapi, apa yang berlaku pada hari ini, Melayu hanya pandai meniru. Teknologi import, hiburan import, buah fikiran import, dan segalanya import. Malah, mereka mencabut akar tradisi mereka, mempermainkan agama, bahasa, dan budaya mereka. Hakikatnya, mereka perlu menjadikan tradisi dan budaya klasik sebagai model mereka. Lantaran, dapat membentuk bangsa Melayu mengikut acuan sendiri.

Sempena dengan bulan Ramadhan ini, marilah kita sama-sama merubah diri kita dan membentuk peribadi kita sebagai Melayu Islam yang sejati. Mencontohi orang Melayu dahulu, yang bisai dan pokta pekertinya, teguh agamanya, dan bersikap inovatif.

Adakah kita boleh dikatakan merdeka sekiranya masih ada tangan rakyat yang digari kemiskinan? Masih ada mulut yang jarang menjamahi sesuap nasi? Masih ada juhalak yang memperkotak-katikkan Islam? Jawapan ada pada anda sendiri.



Selamat Berpuasa dan Selamat Hari Kemerdekaan ke-52

coretan,
Sdr. Ishraf Hakim

Tuesday, August 11, 2009

tabahlah wahai hati..




Mungkin kita pernah merasakan kesunyian melanda sanubari.
Apabila ini terjadi, kita pasti merasa diri kita ini amat hampa, ada yang seakan hilang entah ke mana atau pergi mengembara jauh ke sana.

Sunyinya bila tiada siapa nak menemani kan?Pada waktu itulah betapa iman kita diuji kuat atau ampuh,cekal atau kental melaluinya..Nak cari boyfriend lah?Nak cari gurlfriend lah,,hah!itulah bahaya nya...."Ya ALLAH,tabahkanlah hati hambamu ini,jauhkan lah aku dari maksiat"...banyak-banyaklah komunikasi dengan ALLAH ye!

Hati merasa begitu terseksa sehingga di malam hari pun kita selalu terjaga. Bila hal itu terjadi tatkala kita merasa tidak seorang pun yang dapat memahami kita, tidak ada tempat untuk berkongsi cerita, berkongsi duka dan berkongsi rasa.

Hidup akan merasa semakin terseksa hingga tidak lagi bermakna.

Bila itu yang kita rasakan, mungkin ada yang selama ini kita lupakan. Bahawa ketika kita sedar dari mimpi dan termanggu dalam kesunyian, di saat itu sebenarnya Allah ada bersama kita.
Sedarlah wahai insan,Allah sebenarnya mahu kita bermanja dengannya,berduaan dengannya,sunyi itulah waktu kita dengan ALLAH..hargainya!!

DIA selalu memantau dan menemani kita dengan kasih sayang yang begitu dalam.
DIA akan selalu menemani tidur kita yang sepi dan menjaga diri kita yang lemah ini.
Namun, hal itu hanya akan terjadi bila kita mahu meyakini bahawa Allah itu benar adanya dan tentunya nama-Nya sudah termateri di hati kita.

Dengan kata lain, kita mahu mengimani dan mencintai-Nya dengan sepenuh jiwa.Pernahkah kita menyedari hal ini? Allah telah memberikan kita begitu banyak nikmat dan anugerah kepada kita maka nikmat Allah yang mana lagi yang hendak kita dustakan?

Allah telah membuat hati yang muram menjadi tenang, yang suram menjadi bercahaya dan yang kerdil menjadi raksasa.Sepertinya kita tidak boleh larut dalam kesedihan, kerana boleh jadi Allah menganugerahkan rasa sepi dalam hati kita untuk menguji betapa kuat cinta kita.

Sehingga dengan sepi itu kita mampu untuk lebih khusyuk untuk mendekati-Nya.
Rasulullah SAW bersabda,
“ Sesungguhnya orang mukmin itu adalah orang yang luar biasa, seluruh perkara dalam hidupnya adalah baik baginya. Ketika mendapat kemudahan ia bersyukur.Itu adalah baik baginya dan apabila ia ditimpa kesulitan maka dia bersabar dan itupun juga adalah baik baginya.”

Ramadhan datang kembali!!!




KELEBIHAN BULAN RAMADHAN

Berikut beberapa hadith yang menceritakan fadhilat bulan Ramadhan untuk kita hayati bersama dan mendapat keberkatannya :

1. Dari Abi Hurairah beliau berkata :Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :

"Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan."

Hadis riwayath Bukhari, Muslim& Nasaaei.

2. Dan daripada Abu Hurairah daripada Nabi S.A.W telah bersabda yang bermaksud :

"Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu."

Hadith riwayat oleh Nasai'e, Ibn Majah dan Baihaqi

3. Dan Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang artinya :

"Sesiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan maka akan diampunkan baginya dosanya yang telah lalu."

Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud, Nasai'e dan Baihaqi

P/s;hei,ni tahun last kite same2 berpuasa di smakj!sob2..isk..sedihnyeee!!

Sunday, August 9, 2009

18 gent video






LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...