Followers

Tuesday, December 21, 2010

sahabat?

Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik? Nasihat yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah SAW) kepada anaknya, “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut.”


1 – Pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.


2 – Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya).


3 – Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukkan dirimu ia suka menutupinya.


4 – Pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.

5 – Pilihlah sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu. :)


Dalam memilih sahabat kita hendaklah memilih sahabat yang baik agar segala matlamat dan hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat dilaksanakan bersama-sama sahabat yang mulia.


Kawan yang baik membantu kita ke arah pencapaian matlamat, iaitu kebahagiaan di dunia dan juga di akhirat. Kawan yang tidak baik hanya membantutkan usaha kita ke arah itu.

Hati-hatilah atau tinggalkan sahaja sahabat seperti di bawah:

1. Sahabat yang tamak: ia sangat tamak, ia hanya memberi sedikit dan meminta yang banyak, dan ia hanya mementingkan diri sendiri.


2. Sahabat yang hipokrit: ia menyatakan bersahabat berkenaan dengan hal-hal lampau, atau hal-hal mendatang; ia berusaha mendapatkan simpati dengan kata-kata kosong; dan jika ada kesempatan membantu, ia menyatakan tidak sanggup.


3. Sahabat pengampu: Dia setuju dengan semua yang kamu lakukan tidak kira betul atau salah, yang parahnya dia setuju dengan hal yang tidak berani untuk menjelaskan kebenaran, di hadapanmu ia memuji dirimu, dan di belakangmu ia merendahkan dirimu.


4. Sahabat pemboros dan suka hiburan: ia menjadi kawanmu jika engkau suka pesta, suka berkeliaran dan ‘melepak’ pada waktu yang tidak sepatutnya, suka ke tempat-tempat 

hiburan dan pertunjukan




Wednesday, December 1, 2010

sedikit perkongsian yang diharap membantu memberi manfaat~

Assalamualaikum~
memandangkan blog ini begitu suram(sila ambil perhatian ye admin blog~),saya nak buat sikit perkongsian la..rasanya usia blog saya sendiri lebih muda daripada amigosdsmakj ni..harapnya perkongsian ini membawa kebaikan~

rasanya tak sampai dua bulan peperiksaan STAM tamat..jadi pelajar batch18 smakj yang sedia dan bertahan di maahad johor telah menduduki dengan jayanya~walaupun ana terdengar pelbagai masalah timbul sebagaimana kita di smakj dulu..tapi tidak mengapa,itu Allah berkehendak meningkatkan hambanya setelah Allah yakin keimanan hambanya dah mampu menanggung ujian dan cabaran yang berat~maka,hadapinya dengan penuh sabar,Allah ada berfirman dalam kalamnya,mafhumnya,bagaimana kamu katakan kamu sudah beriman sedangkan kamu masih  belum lagi diuji?

memandangkan ramai sahabat dan sahabiah lepasan STAM,pasti ada segelintir yang berminat menyambung pelajaran dalam peringkat ijazah sarjana muda di mesir ardhul kinanah,jadi ana sebagai seorang pelajar yang bertuah, sudah sampai ke bumi mesir ini berminat untuk berkongsi sedikit pengalaman yang tidak seberapa sepanjang dua bulan berada di bumi mesir ini..

~pintu masuk kuliah perubatan Al Azhar~

itu sebagai intro pada sedikit perkongsian aku ni..gambar tersebut ialah pintu gerbang kuliah perubatan yang tiap hari saya masuk kecuali jumaat~pintu masuk untuk kuliah perubatan ini terletak di hayyu sadis,lebih kurang sepuluh minit perjalanan bas dari rumah ana~untuk pelajar dirasat,bangunan kuliah anda terletak di husin,lebih kurang setengah jam perjalanan bas dari rumah ana,dan ana tinggal di hayyu sabi',atau lebih spesifik di hayyu safarat,agak terkedalam berbanding rumah lain yang senang nak dapat bas,

untuk kuliah banat pula,kesemua kuliah terletak di raba'ah,dirasat,medic dan dentistry~disebabkan kita adalah anak johor yang baru datang ke mesir,kita semua akan diletakkan di rumah johor,untuk ikhwah di hayyu thamin(dalam renovation sekarang),dan akhawat di raba'ah..jadik untuk pelajar akhawat,anda sangat bernasib baik kerana hanya perlu jalan kaki untuk ke kuliah~berbanding pelajar ikhwah yang akan mengambil masa mungkin satu jam jika hendak berjalan kaki~mungkin untuk pelajar akhawat jika berjalan kaki hanya mengambil masa 5minit..

kehidupan di mesir ni bukanlah seperti yang kita bayangkan,yang kita tonton di televisyen,seperti ayat-ayat cinta,ketika cinta bertasbih(ana belum tengok lagi),bukanlah romantik macam fahri,bukanlah indah bersalji macam united kingdom~semua tu hanya fantasi mesir,bak kata taufiq,encik pengarah program orientasi aqm bagi pelajar medic,dentistry,ulum islamiah,dan farmasi~jadi bila dah sampai barulah boleh kita berkata0kata tentang kehidupan di mesir ni,..

itu sahaja rasanya perkongsian setakat ini,
jadi saya menyeru kepada kawan-kawan terutama batch18smakj yang sedang beristikharah menyambung ijazah pertama,silalah pilih untuk ke mesir,saya bersedia menjadi kaum ansar menyambut anda,kaum muhajirin~supaya dapat kita bersama berjuang di ardhul kinanah,bumi barakah ini~

p/s:ana pernah mengikuti jaulah ke giza,album di facebook di sini..ana akan menghadiri temuduga zakat johor,4disember2010~mohon didoakan~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...