Followers

Sunday, June 19, 2011

aper yg aq rase ni...

aq tak tawu ape yg aq pk2 kan...
ntah lah... aq harap ap yg dia cakap tu dia tls kat statement fb dye.. dyer x maksudkan nyer...

aper la yg aq pk2 kan...
ya allah... macam nak runtuh jiwa ni..
aq hamba yg lemah ya allah....
aq x tawu ap yg ada dalam diri wanita itu...
dan aq tak mengerti ap yg mereka inginkan...
tapi.. hati ni slalu mendambakan kerinduan...

ya allah...
aq mengerti hakikat cinta itu milik mu...
tapi untuk aq menghayati secebis kasih lumrah manusia itu...
ap lah daya aq ya allah...
aq harapkan belas dari mu...

aq bukan lah insan yg kuat untuk hadapi ujian hati ini ya allah
pelbagai ujian kau titipkan buat ku...
tapi mengapa kau titipkan sayangnya padaku
kalau engkau tarik ia kembali...
aq tidak menyalah kan takdir mu...
tapi berilah aq petunjuk...
hati ini merintih pilu mengenang nasib diri yg lemah....

aq tidak mengaharap kan lebih dari mu...
sekadar setitip sayang dari nya...
aq harap kan setitik dari selaut kasih nya...

aq sedar yg aq tidak selayaknya mendapat cicipan sayang...
tapi aq yg lemah ini masih mengharapkan sayang dari manusia...

andai jodoh itu adalah antara aq dan dia...
kau satukan lah antara kami hingga kedalam mahligai bahagia di syurga...

ya allah...
aq redha dengan dunia mu ini ya allah...
sayang aq buat nya masih utuh ya allah...
kuat kan lah aq untuk terima hakikat dunia...

sesungguhnya aq ikhlas dalam menyayanginya...
kau satukan lah kami dalam keadaan halal buat ku menyentuhnya...
aq hanyalah insan lemah......

Saturday, June 18, 2011

Kekal Sihat Dengan Solat



Setiap apa yang Allah ciptakan ada function atau tujuan yang tersendiri..walau sekecil-kecil kuman pun ada kegunaan dia..Contohnya seperti nyamuk..kalau tiada nyamuk..macam mana orang jual ubat nyamuk nak sara hidup..haha (gelak la sikit =..='')..

Begitu juga dengan ibadah yang Allah kurniakan kepada hamba-hambanya..Allah maha mengetahui tentang diri kita daripada kita mengetahui diri kita sendiri!! Pasti ada sebab kenapa Allah perintahkan kita mematuhi suruhanNya dan menjauhi laranganNya..Betol tak murid-murid?

Hari ni saya nak ceritakan tentang otak manusia (brain) dan keajaiban yg Allah berikan kepada kita..otak kita adalah antara organ yang paling penting sekali dalam sistem tubuh badan manusia dalam memastikan kita  terus hidup (selain jantung, paru-paru dan organ penting lain). Fungsi otak adalah mengawal sistem tubuh badan kita sama ada sukarela(voluntary) atau tidak sukarela(involuntary)..bukan terpaksa ye..keh3
Fungsi otak secara sedar seperti berjalan,main tepuk-tepuk tangan,menyanyi,dan menari penuh riang..Manakala fungsi otak secara tidak sukarela pula adalah seperti proses pernafasan dan proses penghadaman makanan oleh perut selepas mencekik makanan kat dewan makan SMAKJ pada tahun 2009..

Antara fungsi lain otak adalah menjadikan diri seseorang itu ceria,tenang dan bersifat positive..bagaimana???

Dalam otak kita terdapat satu bahagian yang diberi nama septum pellucidum atau joy centre (pusat keceriaan..bukan astro ceria ye)...joy centre ini terletak di bahagian tengah otak kita..

cara nak tahu joy centre:

1.Letakkan jari telunjuk di antara dua kening dan ukur satu inci setengah inchi bawah garis rambu (kat dahi).
2.Letakkan ibu jari di atas kepala secara menegak.
3.Bayangkan jari telunjuk dan ibu jari itu membentuk garisan masuk ke dalam otak.
4.Garisan persilangan antara jari telunjuk dan ibu jari itu adalah joy centre.

Kedudukan Septum Pellucidum..

Menurut Pete A.Sanders..kita boleh menjadi gembira,sihat,berkeyakinan, dan bertenaga (dan banyak lagi sifat-sifat yang positif) dengan cara mengaktifkan (stimulate/trigger) joy centre yg ada dalam otak kita ni..

cara-caranya:

1.Letakkan jari diantara kening kira-kira 1 inchi dari garisan rambut (kat dahi). Bayangkan cahaya masuk ke 2/3 otak melalui titik tadi (tempat jari telunjuk).
2.Bertenang,tarik nafas dalam secara perlahan-lahan seperti kamu ingin tidur (level theta wave).
3.Gunakan imaginasi untuk masuk ke joy centre.Bayangkan sesuatu yg indah seperti pemandangan yang menyenangkan.
4.Cari sesuatu yang menyenangkan dalam pemandangan itu tadi yang mampu membuatkan kamu senang,tenang dan gembira.
5.Tekan joy centre untuk menghantar isyarat kepada otak. Selepa beberapa isyarat kamu akan merasa senang, selesa, dan sebagainya.
6.Sentiasa amalkan supaya menampakkan kesannya.

diterjemah daripada sumber: http://www.netjaunt.com/thinkinghurts/joyspot.txt

Itu adalah kajian yang dijalankan oleh orang bukan Islam..disisi Islam pula jika kita lihat..cara untuk mengaktifkan joy centre itu adalah tak lain tak bukan dengan menunaikan solat..

Di dalam solat..kita perlu tenangkan diri dan perlu focus (khusyuk).Kita akan merasakan seperti berada dalam keadaan sedar dan tidak sedar seperti tidur tetapi berjaga (level thetha wave).Apabila kita sujud,dahi kita akan tertekan ke lantai dan akan menyebabkan pengaktifan joy centre itu tadi (seperti yang dilakukan oleh Pete Sanders iaitu tekan joy centre dgn jari).



Bukan itu sahaja,secara logiknya,apabila kita sujud..darah kita akan mengalir lebih ke bahagian kepala akibat graviti..Ini menyebabkan otak mendapat bekalan oksigen lebih daripada kebiasaan (semasa tidak solat)..Apabila oksigen mencukupi di bahagian otak(tak terkecuali joy centre),maka otak akan berfungsi dengan lebih cekap lagi..

Dalam surah al-Alaq ayat 15-16, “Ketahuilah, sungguh jika dia tidak berhenti (berbuat demikian) niscaya Kami tarik ubun-ubunnya, (yaitu) ubun-ubun orang yang mendustakan lagi durhaka.”

Ubun-ubun(nasiyyah) merujuk kepada bahagian tengah kepala.Dalam terjemahan inggeris oleh Yusof Ali, nasiyyah diterjemahkan sebagai fore-lock iaitu pra-frontal lobe (dahi) dimana joy centre terletak.

Joy Centre??
                                                
Makna lain ayat surah ini adalah,apabila seseorang tinggalkan solat..Allah akan tarik ubun-ubun(joy centre)nya..oleh itu,dia akan sentiasa berasa gelisah,tidak tenang,kecewa,suka marah,sedih, dan  pelbagai lagi sifat-sifat negatif..

subhanallah..betapa bijaknya Allah menyusun atur kejadian kita..diperintahkan supaya mengerjakan solat yang menpunyai banyak faedah dan hikmah terhadap hamba ciptaanNya..tetapi masih ada diantara kita yang masih  terlalu bangga akan kedudukannya walaupun pada hakikatnya dia tidak mengetahui sesuatupun yang terbaik untuk dirinya sendiri (kalau ada la yang fikir macam tu..hehe)..wallahua'lam

Function joy centre menurut Pete A.Sanders:

1.Mengurangkan tekanan (stress).
2.Menghilangkan sakit.
3.Merawat kemurungan.
4.Memulihkan potensi seksual.
5.Tidur lebih berkualiti.
6.Menghilangkan kerisauan.
7.Menenangkan kemarahan, kebimbangan atau ketakutan
8.Memerangi kesakitan seperti pening kepala dan lain-lain sakit biasa.
9.Mengurangkan tekanan darah tinggi.
10.Memerangi ketagihan alkohol,dadah,rokok dan lain-lain.
11.Mengawal berat badan.

p/s: mesti kamu tertanya-tanya tentang kenapa saya tulis level thetha wave..insyaAllah saya akan terangkan dalam post akan datang~ :)

Sunday, February 13, 2011

now ive already learn how to know others
even some time i should put away my feeling
sould i... silly of me... some time may cardio says.. " hey u silly... how could u fall aprt."
haha.. sounds great rite... maybe some day i'll knw what are really happen to me...
may be i should do sometin... but ive thing what i should do...
to her.. u r really make ma face strach with straight line on mouth...
donnow what t sy now...
just wanna take a sleep...
says: hope u really under stand me... coz I....... some day that word ill appear.. arios guys...

Tuesday, December 21, 2010

sahabat?

Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik? Nasihat yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah SAW) kepada anaknya, “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut.”


1 – Pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.


2 – Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya).


3 – Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukkan dirimu ia suka menutupinya.


4 – Pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.

5 – Pilihlah sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu. :)


Dalam memilih sahabat kita hendaklah memilih sahabat yang baik agar segala matlamat dan hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat dilaksanakan bersama-sama sahabat yang mulia.


Kawan yang baik membantu kita ke arah pencapaian matlamat, iaitu kebahagiaan di dunia dan juga di akhirat. Kawan yang tidak baik hanya membantutkan usaha kita ke arah itu.

Hati-hatilah atau tinggalkan sahaja sahabat seperti di bawah:

1. Sahabat yang tamak: ia sangat tamak, ia hanya memberi sedikit dan meminta yang banyak, dan ia hanya mementingkan diri sendiri.


2. Sahabat yang hipokrit: ia menyatakan bersahabat berkenaan dengan hal-hal lampau, atau hal-hal mendatang; ia berusaha mendapatkan simpati dengan kata-kata kosong; dan jika ada kesempatan membantu, ia menyatakan tidak sanggup.


3. Sahabat pengampu: Dia setuju dengan semua yang kamu lakukan tidak kira betul atau salah, yang parahnya dia setuju dengan hal yang tidak berani untuk menjelaskan kebenaran, di hadapanmu ia memuji dirimu, dan di belakangmu ia merendahkan dirimu.


4. Sahabat pemboros dan suka hiburan: ia menjadi kawanmu jika engkau suka pesta, suka berkeliaran dan ‘melepak’ pada waktu yang tidak sepatutnya, suka ke tempat-tempat 

hiburan dan pertunjukan




Wednesday, December 1, 2010

sedikit perkongsian yang diharap membantu memberi manfaat~

Assalamualaikum~
memandangkan blog ini begitu suram(sila ambil perhatian ye admin blog~),saya nak buat sikit perkongsian la..rasanya usia blog saya sendiri lebih muda daripada amigosdsmakj ni..harapnya perkongsian ini membawa kebaikan~

rasanya tak sampai dua bulan peperiksaan STAM tamat..jadi pelajar batch18 smakj yang sedia dan bertahan di maahad johor telah menduduki dengan jayanya~walaupun ana terdengar pelbagai masalah timbul sebagaimana kita di smakj dulu..tapi tidak mengapa,itu Allah berkehendak meningkatkan hambanya setelah Allah yakin keimanan hambanya dah mampu menanggung ujian dan cabaran yang berat~maka,hadapinya dengan penuh sabar,Allah ada berfirman dalam kalamnya,mafhumnya,bagaimana kamu katakan kamu sudah beriman sedangkan kamu masih  belum lagi diuji?

memandangkan ramai sahabat dan sahabiah lepasan STAM,pasti ada segelintir yang berminat menyambung pelajaran dalam peringkat ijazah sarjana muda di mesir ardhul kinanah,jadi ana sebagai seorang pelajar yang bertuah, sudah sampai ke bumi mesir ini berminat untuk berkongsi sedikit pengalaman yang tidak seberapa sepanjang dua bulan berada di bumi mesir ini..

~pintu masuk kuliah perubatan Al Azhar~

itu sebagai intro pada sedikit perkongsian aku ni..gambar tersebut ialah pintu gerbang kuliah perubatan yang tiap hari saya masuk kecuali jumaat~pintu masuk untuk kuliah perubatan ini terletak di hayyu sadis,lebih kurang sepuluh minit perjalanan bas dari rumah ana~untuk pelajar dirasat,bangunan kuliah anda terletak di husin,lebih kurang setengah jam perjalanan bas dari rumah ana,dan ana tinggal di hayyu sabi',atau lebih spesifik di hayyu safarat,agak terkedalam berbanding rumah lain yang senang nak dapat bas,

untuk kuliah banat pula,kesemua kuliah terletak di raba'ah,dirasat,medic dan dentistry~disebabkan kita adalah anak johor yang baru datang ke mesir,kita semua akan diletakkan di rumah johor,untuk ikhwah di hayyu thamin(dalam renovation sekarang),dan akhawat di raba'ah..jadik untuk pelajar akhawat,anda sangat bernasib baik kerana hanya perlu jalan kaki untuk ke kuliah~berbanding pelajar ikhwah yang akan mengambil masa mungkin satu jam jika hendak berjalan kaki~mungkin untuk pelajar akhawat jika berjalan kaki hanya mengambil masa 5minit..

kehidupan di mesir ni bukanlah seperti yang kita bayangkan,yang kita tonton di televisyen,seperti ayat-ayat cinta,ketika cinta bertasbih(ana belum tengok lagi),bukanlah romantik macam fahri,bukanlah indah bersalji macam united kingdom~semua tu hanya fantasi mesir,bak kata taufiq,encik pengarah program orientasi aqm bagi pelajar medic,dentistry,ulum islamiah,dan farmasi~jadi bila dah sampai barulah boleh kita berkata0kata tentang kehidupan di mesir ni,..

itu sahaja rasanya perkongsian setakat ini,
jadi saya menyeru kepada kawan-kawan terutama batch18smakj yang sedang beristikharah menyambung ijazah pertama,silalah pilih untuk ke mesir,saya bersedia menjadi kaum ansar menyambut anda,kaum muhajirin~supaya dapat kita bersama berjuang di ardhul kinanah,bumi barakah ini~

p/s:ana pernah mengikuti jaulah ke giza,album di facebook di sini..ana akan menghadiri temuduga zakat johor,4disember2010~mohon didoakan~

Thursday, October 7, 2010

terima kasih kerana membenar..

entri pertama selepas mendapat kebenaran daripada pihak admin untuk menulis  di blog batch18 ini..terima kasih saya ucapkan kepada  admin MUHAMMAD AFIQ BIN ABDUL MANAN kerana memberi saya kebenaran dan kesempatan untuk menukil sedikit coretan dalam blog ini...harap pada sahabat sejati,bukan ini pengakhiran hubungan kita..semoga ukhuwah fillah ini berkekalan hingga ke hujung usia..

p/s:aku rindu korang semua..kirim salam sayang aku pada semua..T_T

baim,cairo,2016

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...