Followers

Monday, May 31, 2010

Selagi bergelar manusia

Manusia suka harta tetapi lupa pada amalan

Manusia suka rumah tetapi lupa pada kubur
Manusia suka bercinta tetapi lupa pada neraka
Manusia suka berbalah tetapi lupa pada syurga
Manusia suka manusia tetapi lupa pada Pencipta
Walau apa pun yang kita suka, jangan lupa tentang akibatnya yang sedang menanti. Ingatlah, malaikat tidak pernah berhenti mencatat!!!

Seorang mukmin berjiwa bebas, tetapi bukan sebagai debu berterbangan di udara. Kebebasan seorang mukmin sentiasa mendapat panduan dan bimbingan. Justeru, ia tidak berkelana dan hidup tanpa tujuan. la sentiasa bergerak bebas dengan memiliki peta yang menunjukkan haluan pergerakan dan perjalanannya. la sentiasa bertindak mengikut petunjuk Allah dan berpandu kepadanya.

Seorang mukmin berperasaan halus dan berhati lembut kerana keyakinannya bahawa ia adalah hamba kepada Allah Subhanahu wa Taala. Segala perbuatannya akan dinilai dan dihitung serta diberikan balasan atau ganjaran dengan adil dan saksama. Wawasannya, tidak semata-mata untuk mendapatkan habuan dan ganjaran di dunia, tetapi juga di akhirat.

Tentunya, ganjaran di akhirat adalah lebih baik daripada di dunia. Kerana itu, ia sanggup mengorbankan kurniaan Allah di dunia, untuk mendapatkan kurniaan Allah di akhirat.

Sunday, May 9, 2010

Matrikulasi

Tahniah dan Selamat maju jaya untuk rakan2 kita yang akan mendaftar ke matrikulasi pada 10 Mei 2010..
Ni korang boleh layari laman web..untuk tahu dengan lebih lanjut..

Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan- http://www.kmns.matrik.edu.my/
Kolej Matrikulasi Pahang - http://www.kmph.matrik.edu.my/
Kolej Matrikulasi Melaka - http://www.matrik.net/kmm/
Kolej Matrikulasi Johor - http://www.kmjh.matrik.edu.my/
Kolej Matrikulasi Pulau Pinang - http://www.kmpp.matrik.edu.my/

Nanti kalau sempat amik la gmbr ye..buat tatapan kawan2 yang lain..upload dlm ning...tq

Sunday, May 2, 2010

belasungkawa

Al-Fatihah kepada seorang sahabat kita iaitu Muhammad Syafiq Abd Rahman atau dikenali dengan nama panggilan Gus yang pergi menghadap Ilahi pada pagi tadi (2 Mei 2010) akibat kemalangan jalanraya.

Takziah dan belasungkawa diucapkan kepada keluarga Allahyarham. Semoga ruhnya dicucuri Rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.


Gus (berbaju biru-kanan)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...