Followers

Monday, May 31, 2010

Selagi bergelar manusia

Manusia suka harta tetapi lupa pada amalan

Manusia suka rumah tetapi lupa pada kubur
Manusia suka bercinta tetapi lupa pada neraka
Manusia suka berbalah tetapi lupa pada syurga
Manusia suka manusia tetapi lupa pada Pencipta
Walau apa pun yang kita suka, jangan lupa tentang akibatnya yang sedang menanti. Ingatlah, malaikat tidak pernah berhenti mencatat!!!

Seorang mukmin berjiwa bebas, tetapi bukan sebagai debu berterbangan di udara. Kebebasan seorang mukmin sentiasa mendapat panduan dan bimbingan. Justeru, ia tidak berkelana dan hidup tanpa tujuan. la sentiasa bergerak bebas dengan memiliki peta yang menunjukkan haluan pergerakan dan perjalanannya. la sentiasa bertindak mengikut petunjuk Allah dan berpandu kepadanya.

Seorang mukmin berperasaan halus dan berhati lembut kerana keyakinannya bahawa ia adalah hamba kepada Allah Subhanahu wa Taala. Segala perbuatannya akan dinilai dan dihitung serta diberikan balasan atau ganjaran dengan adil dan saksama. Wawasannya, tidak semata-mata untuk mendapatkan habuan dan ganjaran di dunia, tetapi juga di akhirat.

Tentunya, ganjaran di akhirat adalah lebih baik daripada di dunia. Kerana itu, ia sanggup mengorbankan kurniaan Allah di dunia, untuk mendapatkan kurniaan Allah di akhirat.

Sunday, May 9, 2010

Matrikulasi

Tahniah dan Selamat maju jaya untuk rakan2 kita yang akan mendaftar ke matrikulasi pada 10 Mei 2010..
Ni korang boleh layari laman web..untuk tahu dengan lebih lanjut..

Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan- http://www.kmns.matrik.edu.my/
Kolej Matrikulasi Pahang - http://www.kmph.matrik.edu.my/
Kolej Matrikulasi Melaka - http://www.matrik.net/kmm/
Kolej Matrikulasi Johor - http://www.kmjh.matrik.edu.my/
Kolej Matrikulasi Pulau Pinang - http://www.kmpp.matrik.edu.my/

Nanti kalau sempat amik la gmbr ye..buat tatapan kawan2 yang lain..upload dlm ning...tq

Sunday, May 2, 2010

belasungkawa

Al-Fatihah kepada seorang sahabat kita iaitu Muhammad Syafiq Abd Rahman atau dikenali dengan nama panggilan Gus yang pergi menghadap Ilahi pada pagi tadi (2 Mei 2010) akibat kemalangan jalanraya.

Takziah dan belasungkawa diucapkan kepada keluarga Allahyarham. Semoga ruhnya dicucuri Rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.


Gus (berbaju biru-kanan)

Wednesday, April 28, 2010

TAHNIAH


Tahniah di ucapkan kepada semua rakan-rakan di atas kejayaan mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM 2009...itulah hasil usaha kita sebelum peperiksaan...mana yang kurang berpuas hati tu, redha lah kerana di setiap peristiwa pasti terselit sejuta hikmahnya..dengan keputusan apa pun yang kita peroleh,moge-moge lebih mendekatkan diri kita kepada ALLAH yang maha Esa...setiap orang ada haluannya masing-masing,yang sudah ditetapkan..kepada yang berjaya,teruskan usaha.Orang yang berjaya tidak akan pernah berhenti dan berputus asa,,,manakala yang kurang berjaya,lebihkan usaha,mohon doa dan keberkatan ilmu kepada ALLAH..ini bukan penamat jalan kejayaan ,hidup masih panjang , umur masih muda ..Luas dan panjang lagi jalan yang masih kita terokai..Yang penting keikhlasan dan semangat ingin berjaya..Segala yang kita peroleh adalah rezeki dari ALLAH..Tidak lupa juga kepada guru-guru kita yang mengajar kita selama di sekolah..Terima Kasih cikgu,tanpa cikgu siapalah kami...

Kepada semua kawan-kawan , jaga diri hiaslah peribadi dengan akhlak mulia walau di mana kita berada selepas ini, jaga waktu solat(di awal waktu) ,jaga ikhtilat, dan jaga hubungan dengan orang sekeliling terutamanya ibu bapa,kawan-kawan dan guru-guru...moga persahabatan 18 generation masih mekar subur mengharumi dalam diri..seiring dengan namanya AMIGOS DESEMPRE.....

Friday, January 22, 2010

Tahun Baru Suasana Baru

Bismillahirrahmanirrahim.....

Assalamualaikum kepada saudara dan saudari sekalian...

Semoga antum semua sentiasa dipayungi lindungan dan rahmat Allah s.a.w...

khususan ila batch 18 generation yang dirindui dan ukhwah yang pernah terjalin fillah,Insyaallah....
duduk
Alhamdulillah syukur kpd Allah peperiksaan SPM berjalan dgn lancar..
Rasenya masa begitu pantas berlalu...,,dulu lepas habis jawab soalan...duduk..tengok pemeriksa ke hulu ke hilir...pesanan terakhir ustaz Fuad yang sgt bermanfaat...dan tunggu tapak kaki nak keluar dwan je...lega dah habis rupanya spm!huhhh..
Sekarang masing-masing dah membawa haluan..
Sedih rasanya..banyak kenangan bersama yang kita dah cipta bersama rakan-rakan..
same ade suka..sedih..indahnya...masyaAllah..rindu dgn sahabat-sahabat sekalian...
sekarang..ada yang ambil keputusan bantu ibu bapa dgn bekerja...alhmdulillah..bguslah..ada yang ambil lesen..ade yg ambil kursus ..ada ke Darul Quran...dan PLKN...majoriti nya masuk ke Maahad Johor...tak lupa juga ada ada yg agaknya goyang kaki duduk rumah je(tolong ibu ayah kms rumah la)..hehehe..
Apa kabar agaknya antum semua,,,
semoga berada dalam keadaan sihat sihat aja yaaa...
banyak-banyak berdoa...solat hajat untuk kecemerlangan kita bersama...tak lupa juga untuk kebahagiaan guru-guru kita yang pernah mengajar kita ...Aminnn...
Ade permintaan dari sahabat-sahabat kita supaya kita semua tak lost contact..walau korang berada di hujung dunia..rjin2kan lah update kan diri beritahu maklumat pasal diri antum.. nak ke mana ke apa ke..blog ni kan ada sebagai salah satu penyambung ukhwah kita selain doa..insyaAllah...
sekian dari ana buat antum ...
Wasalam..

Sunday, August 30, 2009

BERKONGSI SOALAN

ASSALAMUALAIKU W.B.T

Semua sedia maklum, pada tahun ini kita akan menghadapi satu cabaran yang amat berat. Peperiksaan yang akan menentukan hala tuju dan masa depan kita. Jika kita cemerlang maka kita berpeluang melangkah ke alam Unversiti dan begitulah sebaliknya. Janganlah kita memandang enteng dengan peperiksaan SPM yang bakal kita hadapi. Dengan berbaki tidak sampai dua bulan lagi, apakah persediaan yang telah kita lakukan?Sudah cukupkah segala ilmu di dada kita? Mungkin membaca pada saat ini bukan metod yang terbaik. Dan mungkin latihan dan ulangkaji semata-mata sudah cukup untuk meningkatkan ilmu kita. Memandagkan peperiksaan percubaan sudah semakin hampir, marilah kita bersama-sama mengulangkaji pelajaran. Bantu-membantulah antara kita, sesungguhnya bukan kita seorang sahaja yang mahukan kejayaan. Tuntutlah ilmu daripada rakan-rakan yang pandai, yang mungkin boleh digelar sebagai 'sibawaih'. Sempena peperiksaan yang bakal tiba juga, di sini disediakan beberapa soalan yang mungkin boleh membantu kita dalam meningkatkan prestasi kita.
Soalan-soalan yang dikira agak mencabar untuk dijawab. Berusahalah selagi ada peluang, jangan biarkan peluang yang ada pergi begitu sahaja. Andai nasi sudah menjadi bubur, takkan bisa berubah menjadi nasi kembali. Usaha yang kita lakukan takkan menjadi sia-sia kerana ssungguhnya Allah bersama hamba-hambaNya yang ikhlas dalam setiap pekerjaan dan dilakukan kerana Allah semata-mata. Redhalah dengan apa-apa jua yang kita perolehi kerana mungkin itulah yang terbaik bagi kita yang Allah telah tetapkan. Tanpa membuang masa di sini disertakan beberapa soalan untuk dicuba.

TEKAN SINI


Sumbangan:Afiq Manan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...